06 May 2020

Kuih Muih Melayu

Seperti sedia maklum,

Coronavirus (Covid-19) telah menyerang populasi manusia di Wuhan, China pada penghujng tahun 2019. Keadaan semakin kurang terkawal dan wabak ini telah merebak di seluruh dunia. Pada akhir bulan Februari 2020, kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah drastik bagi membendung penyebaran wabak  ini yang diistiharkan sebagai pendemik oleh World Heath Organization (WHO). Di antara langkah tersebut ialah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Perlaksanaan PKP bermaksud pergerakan manusia dihadkan. Para pekerja tidak dibenarkan bekerja di luar rumah seperti sediakala. Kebanyakkan mereka diarahkan bekerja dari rumah. Begitu juga dengan pelajar. Semua sekolah dan institut pengajian tinggi ditutup. Pasar tani ditutup, Pusat membeli belah tidak dibenarkan beroperasi, dan sebagainya.

Oleh yang demikian, sepanjang hari kita berada di rumah. Pada ketika ini, masyarakat cuba mengisi masa yang terluang dengan pelbagai aktiviti. Begitu juga dengan diri saya. Peluang ini saya gunakan untuk mencuba resepi kuih muih (dessert Melayu). Apalagi situasi PKP ini berlangsung pada bulan ramadan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mencuba pelbagai resepi kuih muih sebagai juadah berbuka puasa. 

Untuk makluman pembaca, saya mencari resepi dan tips membuat kuih muih ini melalui Youtube, Facebook, Google dan bertanya kepada kawan.
Banyak pengalaman  lucu yang saya perolehi semasa membuat kuih muih ini. Saya pernah tersalah menggunakan jenis tepung semasa membuat kuih apam tapai nasi. Saya sepatutnya meletakkan tepung beras sebaliknya saya meletakkan tepung pulut. Selain itu, hampir tersalah membeli sengkuang yang disangka ubi keledek. Peristiwa ini berlaku, kerana penjual tersebut meletakkan ubi keledek bersama-sama sengkuang.



Pengalaman praktikal juga secara tidak langsung telah menambah pengetahuan saya. Sebagai contoh, setelah mencuba resepi menggunakan beras pulut, barulah saya memahami kenapa perlu merendam beras pulut beberapa jam sebelum memasaknya. Sebenarnya ia bertujuan memudahkan dan mempercepatkan nasi pulut masak dengan baik semasa mengukusnya. Begitu juga dengan penggunaan agen pengembang seperti yis. Yis perlu dilarutan bersama air biasa atau air suam. Tidak boleh menggunakan air sejuk. Tahap kepanasan minyak mengoreng kuih juga bergantung kepada jenis kuih. Selain itu, baharu saya tahu bahawa tepung kanji itu adalah tepung ubi.
Tidak dinafikan proses membuat kuih agak meletihkan saya. Ia memerlukan kesabaran. Benarlah pepatah yang menyatakan 'alah bisa, tagal biasa'. Di saat saya membuat kuih, saya terbayangkan hebatnya mereka di luar sana yang membuat kuih muih ini. 

Berikut ialah aneka resepi kuih muih yang telah saya cuba.....


Resepi: 3 cawan tepung gandum, 6 sudu besar gula halus, 1 biji telur, 2 sudu besar majerin, 1/2 sudu garam, 1 gelas air suam, 1 paket yis (11g). 

Cara-caranya: Yis dicampurakan dengan air suam dan gula. Biarkan sehingga kembang berbuih. Kemudian sediakan tepung, telur, garam dan majerin dan gaul sebati. Masukkan air yis. Uli tepung sehingga sebati sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada bekas. Biarkan selama 30 minit. Setelah itu, bentukkan bulat pada adunan tadi dan dibiarkan lagi selama 1 jam sehingga kembang. Apabila hendak mengoreng, lubangkan tengah doh menggunakan jari telunjuk. Pastikan minyak adalah panas. Setelah itu, gunakan api yang kecil. Setelah siap, bolehlah tabur donut dengan gula ising.


Resepi: 2 cawan tepung beras, 1/2 cawan tepung gandum, 1/2 cawan tepung jagung, 1 cawan gula pasir, 4 cawan santan, 1/4 susu teh garam dan sedikit pewarna merah jambu.

Cara-caranya: Campur kesemua bahan tadi dan gaul sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Warnakan satu bahagian dengan pewarna merah jambu. Kukus dengan loyang berukuran 8x8 inci. Tuangkan adunan yang tidak bewarna dahulu dan selanjutnya berselang-seli dengan adunan berwarna merah jambu sehingga selesai. Setelah siap, sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dipotong.


Resepi: 200g tepung pulut, 30g tepung beras, 70g gula halus, 60g ubi keledek, 1/2 sudu garam dan sedikit air untuk menguli. Pes kacang merah sebagai inti.

Cara-caranya: Rebus ubi keledek dan dilenyekkan Campur semua adunan tadi sehingga menjadi doh yang tidak melekat di jari (seperti doh onde-onde gula melaka). Setelah itu, leperkan doh dan masukkan inti. Bulatkan semula. Golekkan doh ke dalam bekas berisi bijan. Sediakan kuali dan minyak untuk mengoreng. Masukkan doh ke dalam kuali (tanpa buka api). Setelah itu, barulah nyalakan api yang sederhana kecil untuk mengoreng. Biarkan kuih terapung barulah dikacau. Setelah garing, angkat dan toskan minyak.


Resepi: 3 cawan beras pulut, 1/2 cawan santan pekat (dari sebiji kelapa), 1 cawan gula merah, 1/2 cawan gula putih, 2 helai daun pandan dan secubit garam.

Cara-caranya: Rendam beras pulut selama 2 jam. Toskan dan masak seperti nasi biasa dan diletakkan secubit garam. Sediakan kuali, masukkan bahan-bahan lain tadi seperti gula merah dan gula halus. Cairkan gula sehingga berbuih dan masukkan santan pekat. Setelah itu, masukkan nasi pulut dan gaul sehingga sebati dan pekat. Tuang ke dalam loyang 8x8 inci. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.


Resepi: 2 cawan tepung pulut, 2 sudu besar tepung gandum, 1 cawan air pandan, sedikit pewarna hijau, sedikit garam dan kelapa parut secukupnya.

Cara-caranya: Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam ke dalam satu bekas. Tuangkan air pandan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Letakkan pewarna hijau. Bentukkan bulat doh tadi dan simpan inti gula melaka di tengah-tengah doh. Kemudian, bulatkan semula. Setelah selesai semuanya, masukkan doh ke dalam air panas yang sedang mendidih. Biarkan sehingga, kuih timbul di permukaan air. Kemudian angkat dan toskan. Akhir sekali, golekkan kuih dengan isi kelapa parut.


Resepi: 550g labu kuning yang telah dibuang kulit, 2 helai daun pandan disimpulkan, 2 cawan tepung, 2 biji telur, 1/2 cawan gula, 1/2 cawan susu pekat manis, 1/2 cawan susu penuh krim, 2 cawan santan, 2 sudu mentega yang telah dicairkan, 1/2 sudu garam, sdikit esen vanila dan bijan secukupnya.

Cara-caranya: Rebus labu yang telah dibuang kulit bersama daun pandan. Apabila labu telah lembut toskan air dan lenyek semasa masih panas. Dalam satu bekas besar, masukkan gula dan garam. Pukul dengan whisk sehingga gula hancur. Masukkan santan, susu pekat manis, susu penuh krim dan esen vanila. Pukul sehingga sebati. Kemudian, masukkan tepung. Kacau adunan sehingga tidak bergentel. Tapiskan adunan. Selanjutnya, masukkan mentega cair, labu dan sedikit pewarna kuning. Masukkan ke dalam loyang dan tabur dengan bijan. Sebelum itu, loyang dilapiskan dengan kertas timah yang telah disapu dengan majerin. Bakar sehingga masak. Biarkan api ketuhar selama 10 minit untuk menghanguskan permukaan atas bingka labu.


Resepi: Inti (kelapa parut yang dimasak bersama gula melaka dan sedikit air), daun pandan, 1 cawan tepung gandum, 1 biji telur, 1 1/2 cawan santan, sedikit garam dan sedikit pewarna hijau.

Cara-caranya: Kisar santan dengan daun pandan dan tapis. Kemudian, masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar dan ditapis. Panaskan kuali. Gunakan api yang perlahan. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan (tidak perlu diterbalikkan). Apabila permukaan atas kuih telah kering, angkat dan ketepikan sehingga adunan habis. Ambil sesudu inti kelapa dan bubuh pada kuih dadar tadi. Gulung dengan kemas.


Resepi:1 cawan tapai nasi, 2 cawan tepung beras, 1 cawan gula, 1 sudu kecil eno (biasa) dan 2 cawan air.

Cara-caranya: Kisar tapai, gula, tepung beras bersama 1 cawan air. Perap selama 4 jam. Apabila hendak mengukus letak eno. Kukus dalam tempoh masa 10 minit.


Resepi: 2 1/2 cawan tepung gandum, 1 cawan gula pasir, 2 biji telur, 3 sudu kecil soda bikarbornat, 2 susu susu tepung dan 2 sudu besar tepung jagung.

Cara-caranya: Cairkan 1/2 cawan gula di kuali bersama 1/2 cawan air sehingga pekat dan bertukar warna keperang-perangan. Kisar atau whisk semua bahan yang lain. Kemudian satukan. Kukus selama 8 minit.


Resepi:500g ubi keledek berwarna putih, garam, 150g gula melaka, 1/4 cawan air dan 1 sudu kecill baking powder.

Cara-caranya: Rebus ubi keledek bersama secubit garam sehingga empuk. Kemudian dilenyekkan. Campurkan ubi dengan tepung gandum dan baking powder. Bentukkan ubi keledek. Goreng dengan api sederhana. Kemudian, gula melaka perlu dimasak bersama 1/4 cawan air. Masak sehingga berbuih dan pekat. Setelah itu, masukkan kuih keria dan gaul sehingga air gula melaka kering.


Resepi: 3 biji telur, 3 1/2 cawan tepung gandum, 1 cawan santan, 3 sudu tepung jagung, 1 1/2 cawan gula pasir, 1 sudu makan ovalete, 3/4 cawan pati daun pandan, pewarna hijau dan kelapa parut putih secukupnya.









Cara-caranya: Pukul telur sehingga kembang, masukkan kesemua bahan dan putarkan selam 10 minit sehingga kembang. Letakkan kelapa parut putih yang ditambah sedikit garam ke dalam acuan kuih. Kukus selama 10 hingga 15 minit. 


Resepi: 1 kilo ubi keledek, 250g tepung gandum,satu sudu kecil baking powder, secubit garam dan inti (kelapa parut ditumis garing bersama bahan kisar seperti bawang besar merah, bawang putih, serai, jintan manis, pes cili, dan serbuk perasa).

Cara-caranya: Ubi keledek dilenyek semasa masih panas, ditambah dengan tepung gandum, baking powder dan mentega. Uli sehingga sebati. setelah itu, bulat-bulatkan. Leperkan dan letak inti. Siap untuk digoreng dengan api sederhana.


Resepi:Bahan-bahan untuk lapisan bawah (pulut):
2 cawan/400g pulut, 2 cawan/500 ml santan cair, 1 sudu besar gula putih, 1 sudu kecil garam dan sehelai daun pandan,


Bahan-bahan untuk lapisan atas (A):
8 helai daun pandan (kisar untuk menghasilkan 1/2 cawan pati santan), 3/4 cawan air, 1 1/2 cawan/375 ml santan pekat, 1 cawan/200g gula putih, 1/2 cawan/60g tepung gandum, 5 biji telur size A, 1/2 cawan/125 ml pati pandan, 1 sudu kecil garam dan setitik dua pewarna hijau.

Cara-caranya: Rendam beras pulut selama 2 jam. Kemudian, satukan bahan-bahan untuk lapisan bawah dan kukus selama 20 minit. Setelah itu, campurkan bahan-bahan A dan tuang di atas lapisan nasi pulut yang telah masak. Kukus selama 20 minit.


Resepi: 8 biji pisang emas atau pisang berangan (1 cawan), 4 biji telur gred B, 1 cawan gula, 3/4 cawan minyak masak, 2 cawan tepung gandum, 1 sudu kecil soda bikarbornat, 1 sudu  kecil baking powder dan secubit garam.

Cara-caranya; Lenyek pisang dan biarkan selama 20 minit. Campur kesemua bahan dan gaul sebati. Masukkan pisang ke dalam adunan. Perap 20 minit. Sapu acuan dengan minyak. Kukus selama 15 minit.


Resepi: Bahagian A dan B bewarna hijau untuk bahagian luar kuih. Manakala bahagian C yang berwarna putih untuk bahagian tengah kuih nona manis.

Bahagian A: 1 cawan santan, 1 biji telur, 1 cawan tepung gandum, 1/2 cawan gula. Kisar.


Bahagian B: 1/2 cawan santan, 1/2 cawan air pati pandan (dari 5 helai daun pandan), 2 1/2 sudu besar tepung jagung, sedikit pewarna hijau, 1/2 sudu kecil garam. Kemudian masak di atas api yang kecil sehingga pekat. Sejukkan.

Bahagian C: 1 1/2 cawan santan, 1 1/2 sudu besar gula, 1 1/2 sudu besar tepung gandum, 1/2 sudu kecil garam.kemudian masak di atas api yang kecil sehingga pekat. Masukkan dalam botol.

Cara-caranya: Masukan Bahagian A ke dalam bahagian B dan kisar. Sapu acuan dengan minyak. Masukkan adunan hijau 3/4 acuan dan picitkan bahagian C (warna putih) di tengah-tengah acuan. Kukus selama 8 hingga 10 minit.



Resepi:1/2 kg tepung beras pulut, pewarna merah, secubit garam, kacang tumbuk dicampur dengan gula kasar, minyak masak, air dan daun pisang yang telah dicuci dan direbus (bentukkan bulat).

Cara-caranya: Campurkan tepung beras pulut dengan pewarna merah, garam dan minyak masak. Masukkan air ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut tetapi tidak melekit di tangan. Leperkan bulatan adunan dan isi dengan campuran kacang tumbuk dan gula. Letak atas daun pisang (bagi mengelak adunan melekit, sapu adunan dengan sedikit minyak masak sebelum letak di atas daun pisang). Kukus selama 10-15 minit.





Resepi: 1 cawan labu kuning (dikukus dan dilecekkan), 3/4 cawan tepung gandum, 1/2 cawan gula pasir, 1/2 cawan santan pekat, 1/4 sudu teh garam dan daun pisang yang telah dilayurkan.



Cara-caranya: Campur kesemua bahan dan gaul sebati. Ambil satu sudu adunan dan ratakan di atas daun pisang. Lipat daun pisang. Kukus selama 20 minit.




Resepi: Lauk; Udang kering,  5 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah, 5 tangkai cili merah, Sedikit daun sup dan daun bawang, sedikit serbuk lada sulah, 1/4 sudu kecil gula dan garam secukupnya. Sedikit minyak untuk menumis.

Bahan bahagian bawah: 200 gram tepung beras, 50 gram tepung gandum, 250 ml santan pekat, 1 liter air dan 1 sudu kecil garam.

Cara- caranya:
Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang. Udang kering ditumbuk halus. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kuning keemasan, angkat dan ketepikan. Masukkan udang kering dan kacau rata. Masukkan garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya. Masukkan bawang yang digoreng tadi bersama cili merah, daun sup dan daun bawang dan kacau rata. Ketepikan. Satukan semua bahan bahagian bawah dan kacau rata. Masak atas api sekadar separuh masak. Kemudian, masukkan ke dalam loyang. Tabur bahan inti dan kukus selama 20 minit.


Resepi: 130g tepung serbaguna, 25g gula, 3/3 sudu teh baking powder, 1/8 sudu teh garam, 1 1/2 yis kering, 2 sudu teh vanila, 1 biji telur (suhu bilik) dan 250 ml susu suam.

Cara-caranya: Campur kesemua bahan dan gaul sebati. Tutup dengan ketat semalam 30 minit. Adunan akan mengembang. Kacau untuk keluarkan angin dalam adunan dan siap sedia untuk dimasak. Sediakan pan anti lekat. Sapu sedikit mentega. Tuangkan dua senduk adunan ke dalam pan. Tutup selama 3 minit. Latakan gula dan kacang tanah yang telah dihancurkan. Tutup lagi selama 3 minit. Letak jagung hancur dan mentega. Tutup lagi. Lipat dua dan boleh diangkat.


Resepi: 500g kacang hijau, 2 cawan gula, 1 cawan kelapa parut, 1/2 cawan tepung gandum dan air merebus. Bahan kulit pula ialah; 2 cawan tepung beras, 1 sudu teh kapur pekat, sedikit pewarna kuning  dan sebiji telur.

Cara-caranya: Rebus kacang hijau sehingga empuk. satukan semua bahan. Kemudain celupkan di adunan bahan kulit yang telah disatukan dan digaul sebati. Goreng sehingga kekuningan.


Resepi: Bahan-bahan lapisan bawah: 150g keladi cina, 1 cawan tepung beras, 1 1/2 cawan tepung ubi, 3 sudu makan gula, 150 ml santan, 350 ml air, sedikit garam.

Bahan-bahan lapisan atas: 3/4 cawan tepung gandum, 1/2 cawan gula, 125 ml santan, 250 ml air, 2 biji telur. Sedikit pewarna ungu.

Cara-caranya: Kupas keladi dan potong dadu. Rebus hingga empuk. Kemudian satukan kesemua bahan bawah (kecuali keladi) ke dalam periuk bersih. Kacau rata dan masak sehingga adunan suam. Masukkan keladi rebus tadi. Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inci, dan kukus selama 15 minit. Sementara itu, satukan kesemua bahan untuk lapisan atas. Masak sehingga suam. Kemudian tuangkan ke atas adunan bawah yang sudah masak tadi.Tapis untuk mendapatkan kuih yang halus. Kukus lagi selama 15 minit. Sejukkan dahulu barulah dipotong.

25 February 2020

Heart

■HEART■

My heart is sad
I want to give up
Dead inside

I felt there's no meaning
I have to lost without fighting
Because in the end
Reality will win

I asked myself
Untill when?
Dare to try?

Or

I'm sitting here
Pondering again
Oh..this is my life


#AMH, 2020, 02, 25

Percutian Morocco Dan Sepanyol, 2020


Morocco political map
Pengenalan
Pada awal tahun ini, saya memilih untuk mengembara ke Morocco dan Sepanyol. Morocco dan Sepanyol menjadi pilihan saya kerana terdapat banyak bangunan bersejarah yang berusia berabad lamanya di samping terdapat seni bina Islam yang kekal terpahat di dinding-dinding bangunan tersebut sehingga hari ini.

Sebagai pengenalan, Morocco merupakan sebuah negeri yang terletak di Afrika Utara. Bangsa peribuminya ialah kaum Berber. Mereka menggunakan bahasa 'Morroccan Arabic' dan Perancis sebagai bahasa utama. Morocco merupakan sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan raja berpelembagaan. Pusat pentadbirannya terletak di Rabat. Mata wang yang digunakan ialah Moroccan Dirham. Namun, mata wang Euro menjadi mata wang kedua yang digunakan di dalam negeri ini.

Sepanjang percutian selama dua minggu yang lalu, saya telah melawat Marakesh, Quarzazate, Casablanca, Fes, Chefchaouen serta ke utara Morocco iaitu Tangiers dan menyeberangi Selat Gibraltar untuk ke destinasi seterusnya ke Anadalusia, Sepanyol. Di Sepanyol saya berpeluang menjejakkan kaki melawat bandar Cordoba dan Seville. Hasrat ke Granada terpaksa dilupakan kerana kekangan masa.

Pengalaman
Pengalaman peribadi saya sepanjang berada di Morrocco, adalah lebih ekstrem berbanding di lain negara yang pernah saya kunjungi. Namun, 'alah bisa tagal biasa'.

Perkara pertama yang saya sematkan di minda apabila berada di mana-mana negara-negara Arab ialah "no tipping". Istilah "tips" adalah sangat tidak sesuai digunakan semasa berada di sini. Hal ini kerana mereka mendesak atau memaksa anda memberi wang dan menetapkan jumlah yang mereka kehendaki. Pada saya "tips" apabila anda gembira dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan anda dengan rela hati memberi sumbangan kepada mereka. Oleh itu, 'tepuk dada tanya selera'. Jika anda hendak memberi tips terpulang kepada diri sendiri

Sehubungan dengan itu, semasa berada di sini, saya menolak segala bantuan yang diberikan. Namun, mereka tetap berkeras untuk "membantu" anda. Apabila anda menolak desakan mereka untuk memberi tips, mereka akan menunjukkan perasaan marah dan tidak berpuas hati. Dalam hal ini, saya ada bertanya kepada pekerja hostel di tempat di mana saya menginap. Adakah situasi ini hanya berlaku kepada pelancong perempuan sahaja?  Menurut mereka, ia akan berlaku kepada sesiapa sahaja. 

Perjalanan
Saya memulakan perjalanan ke Quarzazate. Quarzazate merupakan satu bandar lama yang teletak di selatan Morocco. Bandar ini dikenali sebagai perkampungan kaum Berber. Untuk sampai ke Quarzazate saya perlu menggunakan pakej 'Day Trip' dengan bayaran sebanyak Euro20. Saya terpaksa menggunakan pakej ini kerana kawasan ini terletak jauh dari Marakesh. Perjalanan  pergi sahaja memakan masa selama empat jam (194 KM). Pakej ini bermula seawal jam 7.30 am dan berakhir pada jam 8.00 malam. Banyak masa dihabiskan dalam kenderaan.

Quarzazate sangat terkenal sebagai lokasi perfileman Eropah. Beberapa pengambaran filem telah dilakukan di sini. Antaranya ialah The Living DaylightsAsterix & Obelix: Mission CleopatraLawrence of ArabiaThe Man Who Would Be KingKingdom of HeavenGladiator, dan BabelSemasa dalam perjalananan menuju ke Quarzazate, anda akan melintasi kawasan pergunungan Atlas.

Kawasan Gunung Atlas
Ait Ben Haddou, Quarzazate
Melalui pembacaan yang saya lakukan, tiada bayaran masuk dikenakan untuk melawat kawasan ini. Namun, pemandu kenderaan mengenakan bayaran sebanyak 80MD. 40MD sebagai sebagai bayaran masuk dan 40 MD bayaran kepada tour guide. Walau pun pada masa itu tiada sesiapa yang meminta bantuan daripada tour guide. Pada ketika ini, saya berasa sangat tidak berpuas hati.


Keesokannya harinya, saya meneruskan perjalanan seperti yang telah dirancang sebelum ini. Saya menjengah ke satu lokasi yang sangat popular kepada pelancong dari seluruh dunia iaitu Le Jardin Majorrelle. Bangunannya bertemakan biru. Terletak di sekitar bandar Marakesh. Bayar masuk yang dikenakan ialah70 MD. Tempat ini merupakan Taman Botani kaktus yang dibina oleh seorang lelaki berbangsa Perancis pada tahun 1923.


Selanjutnya, saya meneruskan perjalanan ke Casablanca. Casablanca merupakan pusat bandar ekonomi Morocco. Di sini teksi bermeter digunakan sebaliknya semasa anda menggunakan pengangkutan awam di Marakesh. Tumpuan utama saya hanyalah kepada Masjid Hassan II. Masjid ini merupakan masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil al-haram di Mekah.  Menara masjid ini adalah tertinggi di dunia iaitu 200 m. Tiada bayaran dikenakan berada di luar masjid kecuali jika anda memilih masuk ke dalam masjid. Di sini, saya tidak dibenarkan menggunakan peralatan mengambil gambar seperti Joby gorilla pod dan tripod. 



Masjid Hassan II
Kemudian saya meneruskan perjalanan ke bandar Fes. Di sini, saya berkesempatan melawat pusat pengeluaran tertua barangan kulit di Morocco iaitu di Fes el Bali dan pusat pengajian tertua iaitu Medrassa El-Atarrine. Madrasah ini dibina oleh Sultan Usman II Abu Said pada tahun 1310. Bayaran sebanyak 20MD dikenakan untuk masuk ke dalam madrasah ini.

Medrassa El-Attarine



Perjalanan seterusnya menujuk ke bandar yaag terkenal dengan julukan kota biru iaitu Chefchaouen. Kesemua dinding bangunan dicat dengan pelbagai jenis warna biru. Warna biru tersebut menonjolkan keunikan bangunan yang menarik perhatian. Semasa berada di sini, anda bebas ke mana sahaja untuk mengambil gambar(percuma) melainkan di lokasi di mana gambar saya di ambil, tuan tanah mengenakan bayaran sebanyak 5MD.

Chefchaouen
Tidak jauh daripada bandar Chefchouen ialah Tangiers. Perjalanan ke Tangiers atau Tanger mengambil masa selama  sejam setengah. Tangiers ialah bandar di utara Morocco yang berhampiran dengan Sepanyol. Di sini terdapat kota tua yang dikelilingi oleh kasbah atau kubu. 


Kasbah
Seterusnya saya menyeberangi Selat Gibraltar untuk ke Sepanyol. Selat Girbraltar memisahkan benua Afrika (Moroko) dengan Eropah (Sepanyol). Perjalanan menaiki feri selama satu jam.

Image result for selat giraltar

Tanpa membuang masa, setiba sahaja di Pelabuhan Tarifa, saya meneruskan perjalanan ke Cordoba. Di Cordoba,  saya merancang  melawat masjid Cordoba atau lebih dikenali sebagai Mezquita de Cordoba yang sememangnya menjadi lokasi persinggahan yang telah lama saya impikan kerana sejarahnya. Saya ingin melihat sendiri perkembangan perubahan bangunan ini. 

Pada asalnya, bangunan ini adalah sebuah katedral bernama Visigoth St Vincent. Kemudian menjadi sebuah masjid semasa zaman Abd ar-Rahman I pada tahun 784. Masjid ini menjadi saksi kemasyhuran peradaban Islam di bumi Sepanyol. Ia telah menjadi pusat keislaman yang terkenal di Andalusia selama tiga abad. Masjid Cordoba menjadi salah satu jenis seni bina penting dan bersejarah dalam khazanah masyarakat Islam. Namun, pada hari ini, bangunan ini telah dijadikan muzium dan merupakan sebuah gereja. Terdapat banyak patung-patung dan gambar keagamaan penganut agama Kristian. Bagaimanapun, kaligrafi ayat-ayat Al-Quran pada dinding mihrab masih dipertahankan.

Masjid Cordoba atau Mezquita de Cordoba

Selepas Cordoba saya meneruskan perjalanan ke Seville. Seville juga mempunyai banyak bangunan lama yang cantik antaranya ialah Catederal de Silva, Real Alcazar, Plaza de Espana dan Casa de Platos. Di sini, saya berkesempatan melawat Catederal de Silva dan Plaza de Espana. 

Catederal de Silva
Caterderal de Silva ialah katedral Roman Katolik di Seville, Andalusia, Sepanyol. Ia telah dibina pada abad ke 16. Pada tahun 1987 ia telah didaftarkan sebagai tapak Warisan Dunia.

Plaza de Espana
Manakala, Plaza de Espana atau lebih dikenali sebagai 'Spain Square' ialah bangunan yang dibina di pinggir Taman Maria Luisa. Bangunan ini mempamerkan seni bina Regionalism, mempunyai unsur pembaharuan Baroque Revival, Revival Renaissance dan Revival Moor (Neo-Mudéjar) seni bina Sepanyol.

Plaza de Espana
Dari Seville, saya menempah tiket penerbangan Ryan Air untuk patah balik ke Marakesh. Setiba sahaja di Marakesh saya memutuskan untuk melawat Palais el Badi dan Masjid Koutoubia sebelum balik ke Malaysia.

Pelancong luar harus membayar tiket masuk sebanyak 70 MD di Palais el Badi. Palais el Badi merupakan runtuhan sebuah istana yang oleh Sultan Ahmad al-Mansur pada tahun 1578. Istana ini mempunyai 360 bilik dan bahagian bawah terdapat terowong. Istana ini juga terdapat sebuah kolam yang di kelilingi oleh pokok oren. Namun begitu, selepas kematian Sultan Ahmad al-Mansur, istana ini dimusnahkan oleh Mouly Ismail bertujuan membina sebuah istana baru di Meknes sebagai lambang kemasyhurannya.


Palais el Badi
Sebagai penutup perjalanan di bumi Morocco, saya mengambil kesempatan  melawat masjid  Koutoubia yang terletak di Marakesh. Masjid ini dibangunkan pada abad ke-12 di zaman dinasti Almohad. Keistimewaan masjid ini terletak pada menara masjid. Ketinggian menara masjid ini ialah 77 meter. Di samping, Tedapat tiga bebola emas tulen di puncak menara ini.

Masjid Koutoubia