25 February 2020

Heart

■HEART■

My heart is sad
I want to give up
Dead inside

I felt there's no meaning
I have to lost without fighting
Because in the end
Reality will win

I asked myself
Untill when?
Dare to try?

Or

I'm sitting here
Pondering again
Oh..this is my life


#AMH, 2020, 02, 25

Percutian Morocco Dan Sepanyol, 2020


Morocco political map
Pengenalan
Pada awal tahun ini, saya memilih untuk mengembara ke Morocco dan Sepanyol. Morocco dan Sepanyol menjadi pilihan saya kerana terdapat banyak bangunan bersejarah yang berusia berabad lamanya di samping terdapat seni bina Islam yang kekal terpahat di dinding-dinding bangunan tersebut sehingga hari ini.

Sebagai pengenalan, Morocco merupakan sebuah negeri yang terletak di Afrika Utara. Bangsa peribuminya ialah kaum Berber. Mereka menggunakan bahasa 'Morroccan Arabic' dan Perancis sebagai bahasa utama. Morocco merupakan sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan raja berpelembagaan. Pusat pentadbirannya terletak di Rabat. Mata wang yang digunakan ialah Moroccan Dirham. Namun, mata wang Euro menjadi mata wang kedua yang digunakan di dalam negeri ini.

Sepanjang percutian selama dua minggu yang lalu, saya telah melawat Marakesh, Quarzazate, Casablanca, Fes, Chefchaouen serta ke utara Morocco iaitu Tangiers dan menyeberangi Selat Gibraltar untuk ke destinasi seterusnya ke Anadalusia, Sepanyol. Di Sepanyol saya berpeluang menjejakkan kaki melawat bandar Cordoba dan Seville. Hasrat ke Granada terpaksa dilupakan kerana kekangan masa.

Pengalaman
Pengalaman peribadi saya sepanjang berada di Morrocco, adalah lebih ekstrem berbanding di lain negara yang pernah saya kunjungi. Namun, 'alah bisa tagal biasa'.

Perkara pertama yang saya sematkan di minda apabila berada di mana-mana negara-negara Arab ialah "no tipping". Istilah "tips" adalah sangat tidak sesuai digunakan semasa berada di sini. Hal ini kerana mereka mendesak atau memaksa anda memberi wang dan menetapkan jumlah yang mereka kehendaki. Pada saya "tips" apabila anda gembira dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan anda dengan rela hati memberi sumbangan kepada mereka. Oleh itu, 'tepuk dada tanya selera'. Jika anda hendak memberi tips terpulang kepada diri sendiri

Sehubungan dengan itu, semasa berada di sini, saya menolak segala bantuan yang diberikan. Namun, mereka tetap berkeras untuk "membantu" anda. Apabila anda menolak desakan mereka untuk memberi tips, mereka akan menunjukkan perasaan marah dan tidak berpuas hati. Dalam hal ini, saya ada bertanya kepada pekerja hostel di tempat di mana saya menginap. Adakah situasi ini hanya berlaku kepada pelancong perempuan sahaja?  Menurut mereka, ia akan berlaku kepada sesiapa sahaja. 

Perjalanan
Saya memulakan perjalanan ke Quarzazate. Quarzazate merupakan satu bandar lama yang teletak di selatan Morocco. Bandar ini dikenali sebagai perkampungan kaum Berber. Untuk sampai ke Quarzazate saya perlu menggunakan pakej 'Day Trip' dengan bayaran sebanyak Euro20. Saya terpaksa menggunakan pakej ini kerana kawasan ini terletak jauh dari Marakesh. Perjalanan  pergi sahaja memakan masa selama empat jam (194 KM). Pakej ini bermula seawal jam 7.30 am dan berakhir pada jam 8.00 malam. Banyak masa dihabiskan dalam kenderaan.

Quarzazate sangat terkenal sebagai lokasi perfileman Eropah. Beberapa pengambaran filem telah dilakukan di sini. Antaranya ialah The Living DaylightsAsterix & Obelix: Mission CleopatraLawrence of ArabiaThe Man Who Would Be KingKingdom of HeavenGladiator, dan BabelSemasa dalam perjalananan menuju ke Quarzazate, anda akan melintasi kawasan pergunungan Atlas.

Kawasan Gunung Atlas
Ait Ben Haddou, Quarzazate
Melalui pembacaan yang saya lakukan, tiada bayaran masuk dikenakan untuk melawat kawasan ini. Namun, pemandu kenderaan mengenakan bayaran sebanyak 80MD. 40MD sebagai sebagai bayaran masuk dan 40 MD bayaran kepada tour guide. Walau pun pada masa itu tiada sesiapa yang meminta bantuan daripada tour guide. Pada ketika ini, saya berasa sangat tidak berpuas hati.


Keesokannya harinya, saya meneruskan perjalanan seperti yang telah dirancang sebelum ini. Saya menjengah ke satu lokasi yang sangat popular kepada pelancong dari seluruh dunia iaitu Le Jardin Majorrelle. Bangunannya bertemakan biru. Terletak di sekitar bandar Marakesh. Bayar masuk yang dikenakan ialah70 MD. Tempat ini merupakan Taman Botani kaktus yang dibina oleh seorang lelaki berbangsa Perancis pada tahun 1923.


Selanjutnya, saya meneruskan perjalanan ke Casablanca. Casablanca merupakan pusat bandar ekonomi Morocco. Di sini teksi bermeter digunakan sebaliknya semasa anda menggunakan pengangkutan awam di Marakesh. Tumpuan utama saya hanyalah kepada Masjid Hassan II. Masjid ini merupakan masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil al-haram di Mekah.  Menara masjid ini adalah tertinggi di dunia iaitu 200 m. Tiada bayaran dikenakan berada di luar masjid kecuali jika anda memilih masuk ke dalam masjid. Di sini, saya tidak dibenarkan menggunakan peralatan mengambil gambar seperti Joby gorilla pod dan tripod. 



Masjid Hassan II
Kemudian saya meneruskan perjalanan ke bandar Fes. Di sini, saya berkesempatan melawat pusat pengeluaran tertua barangan kulit di Morocco iaitu di Fes el Bali dan pusat pengajian tertua iaitu Medrassa El-Atarrine. Madrasah ini dibina oleh Sultan Usman II Abu Said pada tahun 1310. Bayaran sebanyak 20MD dikenakan untuk masuk ke dalam madrasah ini.

Medrassa El-Attarine



Perjalanan seterusnya menujuk ke bandar yaag terkenal dengan julukan kota biru iaitu Chefchaouen. Kesemua dinding bangunan dicat dengan pelbagai jenis warna biru. Warna biru tersebut menonjolkan keunikan bangunan yang menarik perhatian. Semasa berada di sini, anda bebas ke mana sahaja untuk mengambil gambar(percuma) melainkan di lokasi di mana gambar saya di ambil, tuan tanah mengenakan bayaran sebanyak 5MD.

Chefchaouen
Tidak jauh daripada bandar Chefchouen ialah Tangiers. Perjalanan ke Tangiers atau Tanger mengambil masa selama  sejam setengah. Tangiers ialah bandar di utara Morocco yang berhampiran dengan Sepanyol. Di sini terdapat kota tua yang dikelilingi oleh kasbah atau kubu. 


Kasbah
Seterusnya saya menyeberangi Selat Gibraltar untuk ke Sepanyol. Selat Girbraltar memisahkan benua Afrika (Moroko) dengan Eropah (Sepanyol). Perjalanan menaiki feri selama satu jam.

Image result for selat giraltar

Tanpa membuang masa, setiba sahaja di Pelabuhan Tarifa, saya meneruskan perjalanan ke Cordoba. Di Cordoba,  saya merancang  melawat masjid Cordoba atau lebih dikenali sebagai Mezquita de Cordoba yang sememangnya menjadi lokasi persinggahan yang telah lama saya impikan kerana sejarahnya. Saya ingin melihat sendiri perkembangan perubahan bangunan ini. 

Pada asalnya, bangunan ini adalah sebuah katedral bernama Visigoth St Vincent. Kemudian menjadi sebuah masjid semasa zaman Abd ar-Rahman I pada tahun 784. Masjid ini menjadi saksi kemasyhuran peradaban Islam di bumi Sepanyol. Ia telah menjadi pusat keislaman yang terkenal di Andalusia selama tiga abad. Masjid Cordoba menjadi salah satu jenis seni bina penting dan bersejarah dalam khazanah masyarakat Islam. Namun, pada hari ini, bangunan ini telah dijadikan muzium dan merupakan sebuah gereja. Terdapat banyak patung-patung dan gambar keagamaan penganut agama Kristian. Bagaimanapun, kaligrafi ayat-ayat Al-Quran pada dinding mihrab masih dipertahankan.

Masjid Cordoba atau Mezquita de Cordoba

Selepas Cordoba saya meneruskan perjalanan ke Seville. Seville juga mempunyai banyak bangunan lama yang cantik antaranya ialah Catederal de Silva, Real Alcazar, Plaza de Espana dan Casa de Platos. Di sini, saya berkesempatan melawat Catederal de Silva dan Plaza de Espana. 

Catederal de Silva
Caterderal de Silva ialah katedral Roman Katolik di Seville, Andalusia, Sepanyol. Ia telah dibina pada abad ke 16. Pada tahun 1987 ia telah didaftarkan sebagai tapak Warisan Dunia.

Plaza de Espana
Manakala, Plaza de Espana atau lebih dikenali sebagai 'Spain Square' ialah bangunan yang dibina di pinggir Taman Maria Luisa. Bangunan ini mempamerkan seni bina Regionalism, mempunyai unsur pembaharuan Baroque Revival, Revival Renaissance dan Revival Moor (Neo-Mudéjar) seni bina Sepanyol.

Plaza de Espana
Dari Seville, saya menempah tiket penerbangan Ryan Air untuk patah balik ke Marakesh. Setiba sahaja di Marakesh saya memutuskan untuk melawat Palais el Badi dan Masjid Koutoubia sebelum balik ke Malaysia.

Pelancong luar harus membayar tiket masuk sebanyak 70 MD di Palais el Badi. Palais el Badi merupakan runtuhan sebuah istana yang oleh Sultan Ahmad al-Mansur pada tahun 1578. Istana ini mempunyai 360 bilik dan bahagian bawah terdapat terowong. Istana ini juga terdapat sebuah kolam yang di kelilingi oleh pokok oren. Namun begitu, selepas kematian Sultan Ahmad al-Mansur, istana ini dimusnahkan oleh Mouly Ismail bertujuan membina sebuah istana baru di Meknes sebagai lambang kemasyhurannya.


Palais el Badi
Sebagai penutup perjalanan di bumi Morocco, saya mengambil kesempatan  melawat masjid  Koutoubia yang terletak di Marakesh. Masjid ini dibangunkan pada abad ke-12 di zaman dinasti Almohad. Keistimewaan masjid ini terletak pada menara masjid. Ketinggian menara masjid ini ialah 77 meter. Di samping, Tedapat tiga bebola emas tulen di puncak menara ini.

Masjid Koutoubia