Mengisi Masa Lapang-Stalk IG Andi Bernadee
Bagaimana aku terjerumus dalam kisah "Bebi 💓"
Pertama
Oleh kerana aku mempunyai banyak masa terluang. Kerja pejabat done! kerja rumah done! raya kira done! Maka aku tekan-tekan laptop keyboard, belek-belek handphone, pandang kiri-pandang kanan, baca buku pelbagai tulisan (buku sasterawan negara dalam dan luar negara juga aku layan), berzumba bersendirian, tengok movie Netflix. Bermacam-macam genre siang dan malam aku tengok, kartun pun aku layan (😊). Tolak cerita horror. Sebab kalau aku layan movie horror, tak pasal-pasal aku termimpi hantu nanti.
![]() |
| Buku yang aku baca. Buku Psikologi sentiasa dibaca. |
Kedua
Nak travel, tabungan dah semakin menipis. Perlu menabung. Sabar, sabar dan bersabar.
Nak travel, tengah tunggu panggilan exam online atau temuduga kenaikkan pangkat. Date takde lagi. Sabar, sabar dan bersabar.
Nak travel, cuti dah tak berapa nak cukup. Aku perlu 15 hari kalau nak travel jauh. Kena sabar, sabar dan bersabar.
Haha... penyabar juga aku yer. Walaupun, hati aku setiap hari bagai digaru-garu nak terjah tiket ke mana-mana negara yang mempunyai sejarah ketamadunan manusia. Lagi-lagi sekarang ni, summer time bagi Orang Eropah. Tiket memang murah woi. Sabar, sabar dan bersabar lagi.
So, untuk mengisi masa lapang ni, aku layanlah IG.
Ketiga
Jeng..jeng..jeng
Tetiba or tak tahu macam mana aku ternampak IG si Andi Bernadee tu. Bila aku tengok satu IG story dia, hati aku dipujuk pula untuk tengok yang seterusnya. Lawak siot juga dia ni. Dengan perangai gila-gila dia. Aku tersenyum. Dan senyuman bertukar kepada gelak ketawa. Ok, aku perasanlah, dia satu-satunya manusia di planet ini yang berjaya membuat aku rasa terhibur dan ketawa berdekah.-dekah. Aku dapat bayangkan bagaimana dia membayangkan 'Bebi' dia ada bersamanya dan coleteh mereka semasa facetime.
Actually, this is not me juga, nak terpengaruh dengan manusia bernama artis. Tapi aku suka dia kerana cara dia yang tak tahu malu tu. Walaupun dia mengaku pemalu... Hadam weiii....
Keempat
Aku bagai terpanggil-panggil. Lebih kurang cenggini "Jom tengok I Bebi"... Bermulalah day by day aku tengok IG story dia. Masa break tengah hari, lepas balik kerja atau sebelum tidur. Emmmphhhh. Aku follow di di IG. Tapi, aku terfikir, aku terpengaruh ke? Ini tak boleh jadi. So, day after aku unfollowed dia. Hehehe. Nak tahu sebab apa aku tak nak follow dia? Jawapannya cenggini "buku psikologi tu ada menyatakan bahawa, faktor kedekatan membolehkan kita tertarik dengan seseorang. Boleh fahamkan? Maksudnya, bagi mengelak dari nak, nak, nak dan lagi. lagi, lagi tengok IG dia. Cara ni agak bagus dan berkesan.



0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home