Diari Hati
Agak sukar mengungkapkan rasa hati dan apa yang bermain di fikiran secara terbuka. Sikap ini bukan kerana diri saya ialah seorang yang perahsia. Namun saya berfikir, adalah lebih baik menjadi seorang pendengar yang baik dan pemerhati yang cuba memahami persekitarannya.
Bagi saya, biarlah hidup sempurna dalam kesederhanaan. Mencapai kualiti hidup yang baik dengan cara yang betul. Menjaga dan menyayangi diri sendiri dan selanjutnya, memanfaatkan serta menikmati baki umur yang ada. Dan yang paling penting mensyukuri anugerah yang Allah berikan. Serta jangan sesekali menyesali jalan kehidupan yang dilalui.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home