Apakah maksud terbaik yang mengambarkan "Cinta
sejati?"
Berdasarkan pembacaan yang saya lakukan, ramai yang menyatakan
pendapat bahawa cinta sejati adalah insan lain yang sebahagian daripada diri mereka (soulmate), yang selalu ada, tanpa syarat, jangkaan atau batasan, sukar diperolehi dan
tidak dapat diganti. Seseorang yang akan mengasihi cintanya selama-lamanya; perasaan yang terbit adalah nyata, mendalam dan benar.
Namun begitu, cinta sejati bukan mudah dikecapi. Ia memerlukan banyak
keberanian untuk mencintai seseorang serta memerlukan banyak pengorbanan dan
tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Oleh itu, alangkah bertuahnya mereka yang berjaya memiliki cinta sejati. Mereka yang saling bercinta dan mencintai.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home