Belum pun rasa penat hilang setelah kembara Mesir dan Jordan pada Januari 2009 yang lepas, kembara Eropah pula menyusul tiba. Seperti biasa, saya membeli tiket penerbangan melalui aplikasi Skyscanner.
Setelah membuat analisis, akhirnya saya memilih syarikat penerbangan British Airways (BA). Hal ini kerana, BA menawarkan penerbangan terus tanpa henti (tiada transit) selama 17 jam. Selain itu, BA juga memberikan elaun beg kargo percuma sebanyak 23 kilo dan beg kabin sebanyak 7 kilo. Apabila tempahan tiket telah dibuat, apa yang harus saya lakukannya seterusnya ialah memodifikasi keperluan semasa berada dalam kapal terbang. Antaranya ialah memilih menu makanan halal.
Kemudian, saya akan merancang routes yang akan dilaskanakan bersesuaian dengan bajet. Pada kali ini, saya menetapkan untuk melakukan pengembaraan ke tujuh buah negara. Saya hanya akan melawat icon atau landmark popular di satu-satu tempat dalam negara tersebut. Antara negara dan tempat yang akan saya lawati ialah United Kingdom (London), France (Paris), Switzerland (Interlarken dan Lauterbrunnen), Itali (Milan), Austria (Salzburg dan Hallstatt), Belgium (Brussels) dan Holland (Rotterdam). Misi ini akan diselsaikan dalam tempoh 14 hari.
 |
| Perjalanan bermula di London dan akan berakhir di London |
Saya juga bercadang menggunakan pengangkutan awam seperti kereta api bawah tanah, kereta api, bot, bas (bas jarak jauh menggunakan Flixbus atau Eurolines) dan tram. Tempat penginapan ialah hotel atau hostel yang akan ditempah melalui aplikasi HostelWorld yang saya dapati sangat murah serta mempunyai banyak pilihan di serata dunia. Secara keseluruhnnya, hostel atau hotel di Eropah dibenarkan check ini pada jam dua atau tiga petang dan perlu check out pada jam sepuluh atau sebelas pagi. Namun, beg boleh disimpan di tempat penginapan yang telah ditempah.
Dipendekkan cerita, pada tarikh 20.03.2019, saya telah selamat tiba di London Heathrow Airport (LHR). Keadaan cuaca adalah dingin dan berangin. Perkara pertama yang saya lakukan ialah membeli Oyster Card berfungsi sebagai tiket pengangkutan menaiki tram, bas atau kereta api semasa berada di London. Kad ini boleh dibeli di kiosk yang disediakan di LHR. Harga kad ialah 5 GBP dan boleh dinilai tambah mengikut kehendak atau keperluan.
 |
| Oyster Card |
Bagi Kota London saya akan melawat London Bridge, London Eye dan Big Ben. Namun, pada ketika saya berada di sana, Big Ben dalam proses pembaikpulih bangunan. Lokasinya tidak berjauhan dengan London Eye.
 |
| London Bridge |
 |
| London Eye |
Selain itu, saya juga melawat Royal Albert Hall yang pernah menjadi bualan hangat masyarakat Malaysia pada suatu ketika dahulu apabila penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza membuat persembahan nyayian di sana pada tahun 2005. Royal Albert Hall ini terletak di Westminster yang juga berhampiran dengan tempat penginapan saya di Hyde Park Hostel.
 |
| Royal Albert Hall London |
Saya juga berkesempatan ke Oxford Street dan Bond Street. Kedua-dua tempat ini merupakan lokasi membeli belah yang sangat disukai oleh pelancong dari serata dunia.
Keesokan harinya saya bergerak ke France menaiki Flixbus. Seperti biasa, beg akan saya simpan di tempat penginapan yang telah ditempah. Untuk bergerak di Paris saya menggunakan kereta api bawah tanah (Metro). Sebenarnya, pengangkutan di Eropah adalah sangat efisien. Sekiranya anda kurang pasti tentang laluan Metro yang betul, banyakkan bertanya dengan orang di sekeliling anda. Mereka pasti akan sedia membantu.
Gambar di bawah, adalah di antara gambar kenang-kenangan semasa berada di Paris.
 |
| Louvre de Musee |
 |
| Eiffel Tower |
Selanjutnya, saya meneruskan perjalanan ke Switzerland. Kos pengangkutan ke Switzerland agak mahal begitu juga dengan kos sara hidup di sana. Di sini, saya tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama. Keadaan persekitaran di Interlarken amat tenang dan damai. Ramai warga tua di Interlarken melakukan aktiviti harian mereka sendiri dan melakukan aktiviti sosial mereka sendiri.
 |
| Tasik di Interlarken |
 |
| Lauterbrunnen |
 |
Lauterbrunnen
|
Setelah selesai menyelesaikan misi di Switzerland saya meneruskan perjalanan ke Milan, Itali. Untuk sampai ke lokasi yang telah ditetapkan juga agak mudah kerana sebaik sahaja keluar dari Metro, bangunan indah ini berada di hadapan mata anda. Bersebelahan dengan Cathedral de Milan Duomo ialah deretan kedai menjual pelbagai barangan seperti pakaian jenama antarabangsa.
 |
| Cathedral de Milan Duomo |
Manakala, untuk sampai ke Istana Sforzesco, saya hanya perlu berjalan kaki lebih kurang sepuluh minit sahaja dari Cathederal de Milan Duomo. Masuk ke kawasan istana ini adalah percuma.
 |
| Sforzescor Castle |
Setelah Paris saya meneruskan perjalanan ke Austria. Boleh dikatakan Ausrtia juga sesejuk Switzerland. Di Austria, saya menginap di Salzburg. Saya sempat mengelilingi bandar Salzburg. Bandar Salzburg agak kecil dan saya mendapati ia agak sunyi dan kurang menarik pada saya. Di sini, anda hanya perlu membeli tiket sehari menaiki bas dengan harga empat euro. Tiket ini hanya boleh digunakan di sekitar bandar Salzburg. Namun, apa yang saya perhatikan. pemandu bas tidak memeriksa sama ada anda mempunyai tiket atau tidak semasa menaiki bas. Ia bergantung kepada kejujuran anda untuk membelinya. Saya memilih Salzburg kerana ia merupakan bandar transit sebelum ke perkampungan Hallstatt. Dari sini, saya perlu menaiki bas yang memakan masa selama lebih kurang satu jam untuk sampai ke Pekan Bad Ischl dan kemudian menaiki kereta api sebelum sampai ke perkampungan Hallstatt. Selanjutnya, menaiki bot dengan kos 6 euro untuk menyeberangi tasik Hallstat ke perkampungan Hallstatt. Semasa berada di perkampungan Hallstat saya dapat merasai salji yag turun.
 |
| Bandar Salzburg |
 |
| Hallstatt |
 |
| Hallstatt |
Setelah Hallstatt, saya meneruskan perjalanan ke Belgium. Di sini saya melawat Grand Place, Royal Palace dan Atomium. Kereta api bawah tanah, Brussels adalah yang paling mudah difahami pada saya. Ini kerana, ia tidak mempunyai banyak jaringan. Di sini, saya membeli tiket kereta api bawah tanah dengan nilai 2, 1 euro bagi penggunaan selama 4 jam. Dengan tiket ini, anda boleh pergi ke mana-mana sahaja, naik atau turun kereta api tanpa batasan dalam tempoh 4 jam. Selepas itu, tiket tersebut sudah tidak boleh digunakan.
 |
| Atomium |
 |
| Royal Palace |
 |
| Royal Palace |
 |
Royal Palace
|
Selanjutnya, perjalanan terakhir saya menuju ke Holland. Tujuan utama saya ke Holland adalah semata-mata ingin melihat ladang bunga tulip yang sangat popular di Keukonkoff yang juga terletak berhampiran dengan bandar Amsterdam. Walhal semasa saya berada di Holland saya menginap di bandar Rotterdam. Saya perlu menaiki kereta api untuk sampai ke tempat ini serta bas khas ke ladang bunga tulip Keukonkoff. Harga pakej bas dan tiket masuk Keukonkoff ialah 26 euro. Sepanjang berada di sana, saya amat teruja dengan panorama yang indah di samping dapat menghidu wangian bunga-bunga yang sedang mekar. Unuk pengetahuan pembaca, Keukonkoff dibuka bermula bulan Mac dan pertengahan Mei. Di mana bunga-bunga sedang mekar dan mewangi dalam tempoh ini.
 |
| Keukonkoff |
 |
| Keukonkoff |
 |
| Keukonkoff |
 |
| Ladang bunga (agak kecewa kerana tidak dibenarkan melimpasi pagar bunga) |
Akhir sekali, setelah kesemua misi tercapai, saya menaiki bas untuk berpatah balik ke London. Walaupun, pada ketika itu terdapat penerbangan murah dari Amsterdam ke London. Dek kerana keletihan, saya tidak mampu untuk patah balik ke Lapangan Terbang Amsterdam semula. Oleh itu, saya memilih menaiki bas walaupun mengambil masa perjalanan yang lebih lama di samping perlu menjalani pemeriksaan oleh polis atau imigresen semasa melalui Paris.
Sebagai penutup al-kisah perjalanan saya di Eropah, saya berpendapat, semua orang boleh menjadi backpacker di benua Eropah. Asalkan anda tahu menjaga keselamatan diri dan barang peribadi.